Thursday, 5 March 2009

SEMINAR ALAT MUZIK TRADISIONAL SABAH (PERKUSI)

PENDAHULUAN
Kepelbagaian suku kaum dan budaya di Malaysia diwarnai oleh pelbagai rentak dan irama alunan muzik tradisi suku kaum etnik tersebut yang mempunyai keunikan itu sendiri terutama muzik etnik yang ada di negeri Sabah. Jika di Indonesia mereka boleh berbangga dengan sistem sebutan penjenamaan dan sistem simbol yang berbbentuk notasi seperti identiti alat mizik gamelannya, begitu juga dengan negara-negara seperti Arab yang juga senonim dengan gambus dan gendang rabukanya dan sebahagian di negara Afrika yang memang sudah terkenal di seluruh dunia dengan sebutan identiti muzik gendangnya, seperti alat muzik tepuk yang disebut D'Jembe. Muzik juga boleh mencerminkan identiti bangsa dan ketamadunan sesebuah negara itu. Kita juga harus berbangga dengan kepelbagaian warna-warna irama muzik suku kaum etnik yang sekian lama wujud di Malaysia terutamanya di negeri Sabah.
Apapun hakikat sebenarnya, kita masih lagi tercari-cari apakah perkatan yang lebih umum dan sesuai bagi sistem kaedah istilah sebutan, teknik-teknik permainan dan simbolnotasi muzik tradisional untuk dipelajari oleh generasi masa kini yang mmenjurus kepada pembelajaran bersistematik yang boleh diguna pakai dan diserapkan di peringkat pendidikan nasional dan antarabangsa.
RASIONAL
Tujuan seminar ini adalah untuk membincangkan secara interaktif dan memberi ruang kefahaman kepada penggiat seni muzik tradisi, atau para seniman pencinta muzik tradisional, ketua-ketua kumpulan muzik tradisional, pendidik dan juga persatuan-persatuan suku kaum negeri Sabah untuk memastikan ketetapan sebutan nama dasar istilah pengertian alat-alat muzik dan simbol serta notasi muzik yang digunakan dalam pembelajaran bermain alat muzik tradisional.
TUJUAN
  1. Mewujudkan masyarakat yang didik dan dilatih secara formal dalam bidang sni muzik secara konsisten.
  2. Menggalakkan masyarakat untuk mempelajari dan memahami istilah sebutan dalam aspek teknik-teknik permainan alat muzik tradisional yang bersistematik dan menanam minat agar ia tidak hilang ditelan arus pemodenan.
  3. Memantapkan teknik bermain dan membaca notasi muzik tradisional melalui kaedah pendidikan.
  4. Memulihara sebagai modul pembelajaran dalam bentuk ko-kurikulum muzik etnik tradisional yang sejajar dengan identiti bangsa budaya rakyat Malaysia khasnya negeri Sabah.
  5. Menjalinkan perpaduan di kalangan sesama masyarakat suku kaum etnik Sabah dengan masyarakat dunia luar melalui kaedah pembeajaran dan pengetahuan muzik tradisional Sabah.

No comments:

Post a Comment